Managing Digital Business Transformation & Growth Hacking Topic 11
Saya ingin kongsikan apa yang saya belajar tentang growth hacking, iaitu strategi pemasaran kreatif dan kos rendah untuk membantu perniagaan berkembang dengan cepat. Saya sedar growth hacking berbeza daripada pemasaran tradisional. Ia lebih kepada eksperimen, idea unik, dan cara “hack” untuk tarik pelanggan baharu dengan bajet terhad. Apabila saya kaitkan dengan bisnes kumpulan saya, iaitu Crumbare Cookies, saya mula nampak beberapa idea yang boleh diaplikasikan. Walaupun bisnes ini masih berbentuk cadangan, saya boleh bayangkan bagaimana strategi growth hacking akan membantu kami membina jenama dan menarik pelanggan pada peringkat awal. Yang menarik bagi saya ialah, growth hacking tidak memerlukan bajet besar seperti iklan TV atau billboard. Sebaliknya, ia lebih fokus kepada kreativiti dan penggunaan platform digital. Contohnya, saya mendapat idea: “Beli & Share” Referral Program Pelanggan yang kongsi kod referral dengan kawan akan dapat diskaun, begitu juga kawannya. Saya ra...