Digital Business Strategy: Thriving in the Digital Age Topic 5

Saya akan ceritakan berkaitan topik strategi perniagaan digital dan bagaimana organisasi boleh memanfaatkan teknologi untuk bersaing dalam era global. Saya sedar strategi digital bukan hanya “gunakan teknologi”, tetapi ia mesti selari dengan objektif bisnes, pengalaman pelanggan, dan inovasi berterusan.

Antara yang saya pelajari daripada kuliah:

  • Integrasi Teknologi → Teknologi perlu sejajar dengan matlamat perniagaan, bukan sekadar ikut trend. MIT Sloan melaporkan 90% eksekutif percaya transformasi digital perlu untuk terus bertahan.

  • Keuntungan Kompetitif → McKinsey menunjukkan syarikat yang matang digital 23% lebih untung berbanding pesaing.

  • Transformasi Menyeluruh → Deloitte dapati 45% syarikat yang ambil pendekatan menyeluruh (model bisnes + budaya digital) mencapai pertumbuhan hasil lebih tinggi.

Bagi saya, bahagian paling menarik semasa sesi pembelajaran ialah kajian kes Netflix.

  • Dari DVD rental (1997–2007), Netflix beralih ke streaming (2007–2013), kemudian mula mencipta kandungan original (2013–sekarang).

  • Kejayaan mereka bukan hanya kerana teknologi, tetapi kerana penggunaan data untuk ramal citarasa pelanggan. Contohnya, siri House of Cards dicipta berdasarkan data tontonan yang menunjukkan ramai suka drama politik.

  • Netflix kini beroperasi di lebih 190 negara, dan 80% kandungan ditemui melalui recommendation engine.

Gambar Rajah Netflix Timeline


Saya rasa ini membuktikan bahawa strategi digital mampu mengubah landskap industri tradisional sepenuhnya.

Selain itu, saya mendapati sukar untuk memahami betapa kompleksnya strategi digital. Ia bukan sekadar buat aplikasi, tetapi melibatkan banyak komponen:

  • Data-Driven Decisions – Syarikat seperti Walmart menganalisis 2.5 petabytes data setiap jam untuk faham pelanggan.

  • Customer-Centricity – Disney dengan MagicBand yang menjadikan lawatan taman tema lebih lancar.

  • Agile Methodologies – Amazon deploy kod baru setiap 11.7 saat! Saya tidak sangka inovasi boleh jadi secepat ini.

Jika saya ingin aplikasikan kepada perniagaan digital saya iaitu Crumbare Cookies, saya boleh ambil inspirasi daripada strategi besar seperti Netflix:

  • Customer Experience First
    Pastikan pelanggan senang order melalui platform mesra pengguna (Instagram dan Wix).

Laman sesawang Crumbare Cookies yang mesra pengguna


  • Data-Driven Decision Making
    Gunakan borang Google atau Instagram Poll untuk faham perisa biskut kegemaran pelanggan, lalu susun stok dengan lebih tepat.

  • Agile & Flexible
    Cuba masukkan produk baharu seperti perisa edisi terhad semasa perayaan. Jika berjaya, teruskan, jika tidak, cepat beralih.

  • Innovation Culture
    Galakkan idea baharu, seperti packaging custom dengan mesej peribadi. Walaupun kecil, ia boleh beri impak besar kepada pelanggan.

Dengan cara ini, saya boleh pastikan perniagaan kecil seperti Crumbare Cookies juga mempunyai “digital strategy” yang moden.

Kisah Netflix menunjukkan transformasi digital boleh mengubah industri, manakala contoh kecil seperti Crumbare Cookies membuktikan prinsip yang sama boleh dipraktikkan walaupun pada skala mikro.Akhirnya, saya sedar bahawa untuk terus berkembang dalam era digital, strategi perniagaan mesti sentiasa fleksibel, kreatif, dan berpusatkan pelanggan.


Comments

Popular posts from this blog

Customer Relationship Management Topic 9

Artificial Intelligence in Digital Business Topic 4

Managing Digital Business Transformation & Growth Hacking Topic 11