Supply Chain and Demand in Digital Business Topic 6

Saya belajar sesuatu yang sangat menarik tentang supply chain (rantai bekalan) dan demand (permintaan) dalam dunia perniagaan digital. Sebelum ini saya hanya fikir supply chain hanyalah tentang penghantaran barang dari kilang ke pengguna. Tetapi selepas membaca, menonton video kes kajian, dan melihat contoh syarikat seperti Netflix, saya sedar bahawa dalam era digital, supply chain bukan sekadar fizikal tetapi juga melibatkan teknologi, sistem, dan pengalaman pelanggan.


Sepanjang minggu, saya meneliti bagaimana supply chain dan demand saling berkait rapat dalam perniagaan digital. Antara perkara yang saya pelajari:

  • Supply chain digital bukan hanya lori, gudang dan penghantaran fizikal. Ia juga merangkumi server, sistem pembayaran, dan aplikasi.

  • Demand dalam era digital boleh berubah dengan sangat cepat. Kadang-kadang kerana trend viral di media sosial atau kerana faktor luar jangka.

  • Perniagaan digital perlu fleksibel dan bersedia untuk menyesuaikan supply chain bila demand meningkat mendadak.

Saya juga cuba menganalisis beberapa contoh perniagaan digital untuk faham bagaimana mereka mengurus cabaran ini.

Perkara paling menarik bagi saya ialah bagaimana Netflix mengurus “supply chain digital” mereka.

  • Netflix tidak ada produk fizikal seperti kedai biasa, tetapi supply chain mereka ialah server global, sistem streaming, dan algoritma cadangan kandungan.

  • Jika server Netflix jatuh atau lambat, pelanggan akan kecewa akan semakin berkurang.

  • Netflix menggunakan data analytics dan AI untuk meramal demand. Contohnya, mereka boleh lihat berapa ramai yang akan menonton siri baharu pada hari pelancaran, lalu bersedia dari segi kapasiti server.


Berikut ialah gambar rajah Supply Chain Digital bagi aplikasi Netflix. Gambar ini menunjukkan bagaimana Netflix menyusun aliran kandungan digital dari peringkat penciptaan hingga ke pengguna menggantikan model supply chain tradisional yang fizikal dengan infrastruktur teknologi digital.


Hal ini baharu bagi saya kerana ia menunjukkan bahawa walaupun tanpa produk fizikal, supply chain masih penting dan boleh jadi kompleks.

Saya dapati betapa cepatnya demand boleh berubah dalam dunia digital. Beberapa perkara yang mengejutkan saya antaranya:
  • Satu trend TikTok boleh menaikkan jualan satu produk kecil sehingga ribuan unit dalam masa sehari. Supply chain mesti mampu mengejar demand sebegitu.

  • Gangguan luar jangka seperti pandemik COVID-19 boleh melumpuhkan supply chain global, walaupun demand pengguna meningkat.

  • Koordinasi antara pelbagai pihak dalam supply chain seperti pengeluar, pembekal bahan mentah, gudang, penghantaran, dan platform digital lebih rumit daripada yang saya bayangkan.

Saya mula fikir bagaimana saya boleh gunakan pengetahuan ini untuk bisnes kecil saya, iaitu Crumbare Cookies.

  • Urusan Stok & Bahan Mentah
    Saya perlu pastikan bekalan tepung, coklat, dan bahan lain sentiasa mencukupi. Kalau demand naik tiba-tiba (contohnya ketika musim perayaan), saya mesti ada plan tambahan untuk ada pembekal tambahan.

  • Penghantaran Fleksibel
    Sama seperti Shopee yang ada banyak rakan penghantaran, Crumbare Cookies juga perlu kerjasama dengan lebih daripada satu servis kurier supaya pelanggan tak tunggu lama.

  • Gunakan Data Pelanggan
    Saya boleh gunakan Google Form atau Instagram Poll untuk tengok perisa mana paling digemari pelanggan. Dengan cara ini, saya boleh meramal demand dan elak membazir.


Contoh Instagram Poll Crumbare Cookies 


  • Strategi Promosi Berjadual
    Jika saya mahu buat promosi besar-besaran, saya perlu pastikan supply chain saya siap dulu. Kalau promosi jalan tetapi stok tak cukup, pelanggan akan kecewa.

Daripada sini saya faham bahawa keseimbangan antara demand dan supply chain sangat penting untuk mengekalkan kepercayaan pelanggan, walaupun untuk bisnes kecil seperti Crumbare Cookies.

Comments

Popular posts from this blog

Customer Relationship Management Topic 9

Artificial Intelligence in Digital Business Topic 4

Managing Digital Business Transformation & Growth Hacking Topic 11