Managing Digital Business Transformation & Growth Hacking Topic 11

Saya ingin kongsikan apa yang saya belajar tentang growth hacking, iaitu strategi pemasaran kreatif dan kos rendah untuk membantu perniagaan berkembang dengan cepat. Saya sedar growth hacking berbeza daripada pemasaran tradisional. Ia lebih kepada eksperimen, idea unik, dan cara “hack” untuk tarik pelanggan baharu dengan bajet terhad.


Apabila saya kaitkan dengan bisnes kumpulan saya, iaitu Crumbare Cookies, saya mula nampak beberapa idea yang boleh diaplikasikan. Walaupun bisnes ini masih berbentuk cadangan, saya boleh bayangkan bagaimana strategi growth hacking akan membantu kami membina jenama dan menarik pelanggan pada peringkat awal.


Yang menarik bagi saya ialah, growth hacking tidak memerlukan bajet besar seperti iklan TV atau billboard. Sebaliknya, ia lebih fokus kepada kreativiti dan penggunaan platform digital.


Contohnya, saya mendapat idea:


  1. “Beli & Share” Referral Program
    • Pelanggan yang kongsi kod referral dengan kawan akan dapat diskaun, begitu juga kawannya.
    • Saya rasa ini berkesan kerana orang lebih percaya cadangan daripada kawan sendiri berbanding iklan.
  2. Cabaran Media Sosial (#CrumbareChallenge)
    • Pelanggan boleh sertai dengan upload gambar atau video makan cookies.
    • Pemenang berpeluang dapat kotak percuma.
    • Cara ini boleh bina komuniti dan sekaligus beri promosi percuma melalui user-generated content.

Saya tidak pernah sedar sebelum ini bahawa idea mudah seperti hashtag challenge boleh jadi senjata pemasaran yang berkuasa, terutamanya di Instagram dan TikTok.

Walaupun idea growth hacking nampak menarik, saya juga nampak beberapa cabaran:


  • Sukar untuk konsisten – Cabaran media sosial memerlukan masa untuk dipantau, balas komen, dan pilih pemenang. Ini mungkin mencabar untuk bisnes kecil.
  • Perisa Limited Edition – Saya cadangkan buat cookies khas ikut musim (contoh Ramadan: “Kurma Coklat”, Valentine’s: “Red Velvet”). Tapi saya sedar ia perlukan kos tambahan untuk R&D dan mungkin risiko jika tidak laku.
  • Micro-influencer – Kolaborasi dengan micro-influencer (2k–5k followers) mungkin lebih murah berbanding selebriti, tapi belum tentu menjamin jualan. Risiko ini perlu diambil kira.

Perkara yang tidak saya jangka ialah betapa besarnya impak “FOMO” (fear of missing out). Bila fikir semula, memang betul generasi muda mudah terpengaruh dengan trend limited edition. Itu boleh jadi kelebihan, tetapi pada masa sama mencabar untuk diuruskan.


Jika Crumbare Cookies benar-benar dilaksanakan, saya nampak empat strategi growth hacking yang boleh jadi langkah awal antaranya:


  • Beli & Share – Program referral untuk tarik pelanggan baru secara organik.
  • #CrumbareChallenge – Cabaran media sosial untuk bina komuniti pelanggan.
  • Perisa Limited Edition – Buat pelanggan rasa eksklusif dan takut terlepas.
  • Micro-influencer Collaboration – Kolaborasi kos rendah tapi impak rapat dengan komuniti.

Dalam konteks digital business, semua strategi ini tidak perlukan bajet besar, tetapi boleh mencipta “buzz” di media sosial. Saya percaya pendekatan ini sangat sesuai untuk bisnes kecil seperti kami.

Sampai di sini sahaja coretan saya mengenai kursus ini. Semoga blog ini bermanfaat dan menarik untuk anda semua, Jumpa lagi!

Comments

Popular posts from this blog

Customer Relationship Management Topic 9

Artificial Intelligence in Digital Business Topic 4