Customer Relationship Management Topic 9

Saya ingin kongsikan berkenaan CRM (Customer Relationship Management). Ringkasnya, CRM ialah strategi bisnes untuk mengenali dan menjaga hubungan pelanggan supaya mereka akan menjadi pelanggan setia.


Contoh paling dekat dengan saya ialah Watsons App. Setiap kali beli barang, saya akan scan apps untuk kumpul points. Points ini boleh saya guna untuk redeem diskaun atau barangan semasa pembelian seterusnya. Dari situ saya nampak jelas bahawa Watsons gunakan CRM untuk buat pelanggan macam saya kembali lagi.


Perkara yang menarik berkaitan aplikasi ini ialah saya baru sedar sistem points & kupon sebenarnya adalah CRM strategy. Selain itu,Watsons bukan sekadar jual barang, tapi kumpul data pembelian saya. Hasilnya, saya dapat promosi yang relevan (contoh: vitamin bila saya selalu beli supplement). Watsons juga dapat wujudkan rasa “personalisasi” apabila apps tunjuk points saya setiap kali buka. Itu buat saya rasa lebih dekat dengan Watsons berbanding kedai lain.


Terdapat beberapa cabaran berkaitan aplikasi ini antaranya:
  • Privasi data – saya tak sangka Watsons simpan begitu banyak info (produk, masa, lokasi beli). Ini menimbulkan isu keselamatan.
  • Push notification kadang terlalu kerap sampai rasa macam spam.
  • Kesetiaan ciptaan points – walaupun ada kedai lain lebih murah, saya tetap pilih Watsons sebab nak kumpul points.

Untuk bisnes kecil saya, Crumbare Cookies, saya boleh tiru idea CRM Watsons dalam versi ringkas:


  • Stamp card digital → beli 10 box, dapat 1 percuma.
  • Simpan database pelanggan → hantar WhatsApp bila ada perisa baru.
  • Ganjaran khas untuk pelanggan setia, seperti early access cookies limited edition.
  • Peribadikan tawaran → jika pelanggan suka coklat, tawarkan special edition chocolate cookies.

Dengan cara ini, pelanggan bukan sahaja beli sekali, tapi akan terus datang balik.



Melalui Watsons App, saya sedar CRM adalah strategi penting dalam bisnes digital. Ia bukan hanya tentang simpan data, tetapi bagaimana buat pelanggan rasa dihargai. Sebagai pelanggan, saya suka kumpul points dan redeem. Sebagai pemilik bisnes kecil, saya nampak peluang guna konsep sama untuk Crumbare Cookies. Kesimpulannya, CRM membuktikan bahawa bisnes berjaya bukan hanya pada produk, tetapi pada hubungan dengan pelanggan.


 

Comments

Popular posts from this blog

Artificial Intelligence in Digital Business Topic 4

Managing Digital Business Transformation & Growth Hacking Topic 11