Artificial Intelligence in Digital Business Topic 4
Hi, Nama saya Nur Athirah Binti Mohd Asri, Nombor matrik A211431, pelajar kursus Perniagaan Digital (EPPM1013), dan blog ini merupakan sebahagian daripada tugasan subjek. Tujuan blog ini adalah untuk berkongsi apa yang saya pelajari sepanjang topik digital business, refleksi peribadi saya terhadap konsep yang dibincangkan, serta bagaimana pengetahuan ini boleh diaplikasikan dalam dunia perniagaan sebenar.
Semenjak berada di UKM, saya berpeluang melihat sendiri bagaimana teknologi kecerdasan buatan (AI) digunakan dalam dunia perniagaan digital melalui sistem imbasan wajah di kedai runcit tanpa juruwang, Panas Express di UKM.
Pengalaman ini benar-benar membuka mata saya tentang bagaimana peruncitan fizikal boleh digabungkan dengan inovasi digital. Daripada hanya dengar teori dalam kelas, saya dapat rasa sendiri bagaimana teknologi ini digunakan secara praktikal.
Sistem imbasan wajah ini sangat menarik kerana ia membawa pengalaman membeli-belah yang jauh berbeza daripada kedai biasa.
- Masuk kedai tanpa QR atau kad – saya hanya perlu berdiri di depan kamera dan pintu terus terbuka.
- Akses 24 jam – sesuai untuk pelajar yang kadang-kadang lapar tengah malam.
- Tanpa juruwang – tak perlu beratur lama, lebih cepat dan praktikal.
- Keselamatan lebih baik – hanya pengguna berdaftar boleh masuk, jadi lebih terkawal.
![]() |
| Gambar mesin imbasan wajah di pintu masuk kedai |
Walaupun nampak canggih, saya perasan terdapat beberapa cabaran:
- Privasi data wajah – maklumat biometrik sangat sensitif, jadi mesti ada jaminan keselamatan.
- Kos infrastruktur tinggi – pemasangan kamera AI, sistem stok automatik, dan pembayaran digital memerlukan pelaburan besar.
- Pengalaman pengguna baru – pelanggan mungkin rasa janggal atau risau nak daftar wajah mereka.
- Kesilapan teknikal – kemungkinan imbasan gagal kalau pencahayaan tak baik atau wajah berubah contohnya semasa memakai mask.
Sebagai pelajar bisnes digital, pengalaman ini buat saya terfikir bagaimana teknologi AI boleh digunakan untuk perniagaan kecil seperti projek kumpulan saya, Crumbare Cookies.
Beberapa idea yang saya bayangkan:
- Self-pickup locker dengan imbasan wajah → pelanggan boleh ambil cookies mereka bila-bila masa tanpa perlu staf tunggu.
- Akses VIP pelanggan setia → pelanggan tetap boleh dapatkan promosi eksklusif bila wajah mereka dikenali sistem.
- Keselamatan data pelanggan → pastikan semua data ikut garis panduan seperti PDPA untuk bina kepercayaan.
- Integrasi pembayaran digital → kurangkan tunai, lebih fokus pada e-wallet dan transaksi automatik.
Secara peribadi, saya rasa pengalaman ini sangat membuka mata. Dulu saya fikir AI hanya untuk syarikat besar seperti Amazon atau Alibaba, tapi sebenarnya ia sudah ada di Malaysia dalam skala kecil seperti kedai runcit kampus.
Saya juga mula nampak bagaimana gaya hidup pelajar di kampus boleh berubah dimana:
- Tak perlu risau kedai tutup awal.
- Boleh beli barang dengan lebih cepat dan selamat.
- Lebih mudah sebab tak perlu bawa kad atau tunai.
Bagi saya, inilah contoh sebenar bagaimana digital business transformation boleh mengubah cara kita membeli-belah seharian.

Comments
Post a Comment