Digital Marketing & Social Media Strategies Topic 7

Saya ingin kongsikan berkenaan topik digital marketing & social media strategies melalui pengalaman sendiri menggunakan Shopee Affiliate Program. Saya cuba daftar, pilih produk, buat posting di media sosial, dan mula nampak hasil pertama.


Apa yang menarik, strategi ini sangat mudah dicuba oleh sesiapa sahaja. Saya tidak perlu modal, tidak perlu simpan stok, hanya perlu konsisten kongsi link dan cipta content yang sesuai dengan audiens saya.

Bagi saya, ada beberapa perkara menarik yang saya perasan semasa mula menggunakan Shopee Affiliate:


  • Pendaftaran sangat mudah → hanya daftar akaun percuma dan terus boleh mula.
  • Tak perlu keluar modal → sesuai untuk pelajar atau sesiapa yang baru nak cuba cari duit online.
  • Produk terlalu banyak pilihan → dari barang dapur, gadget, pakaian, sehingga makanan.
  • Komisen automatik → bila orang beli melalui link saya, Shopee sendiri uruskan bayaran.



Contoh komisen pertama saya semasa memulakan Shopee Affiliate


Walaupun ianya nampak mudah, ada juga cabaran yang saya hadapi:

  • Perlu konsisten untuk hasil berterusan. Kalau jarang update, memang susah nak nampak komisen.
  • Produk yang pelik atau niche sempit agak sukar untuk tarik pembeli. Lebih mudah kongsi produk harian.
  • Link affiliate kadang rosak bila produk habis stok → jadi saya kena rajin update link lama.
  • Trust factor – orang lebih percaya bila saya kongsi pengalaman sebenar, bukan hanya sekadar iklan.

Pengalaman ini beri banyak idea untuk bisnes saya sendiri, Crumbare Cookies. Antara strategi yang boleh saya gunakan:

  • Referral system macam affiliate → pelanggan dapat kod untuk kongsi dengan kawan, kedua-duanya dapat diskaun.
  • Content marketing di media sosial → buat review cookies, behind-the-scenes baking, atau cabaran kecil seperti #CrumbareChallenge.
  • Storytelling → kongsi kisah sebenar tentang perjalanan bisnes supaya orang lebih percaya dan tertarik.
  • Limited edition products → sama macam “barang viral” di Shopee, saya boleh keluarkan perisa cookies bermusim untuk cipta FOMO.



Contoh content marketing Crumbare Cookies di Instagram


Bila fikir balik, pengalaman buat Shopee Affiliate bukan sekadar “side income”, tapi satu cara belajar dunia digital business.


  • Saya belajar digital marketing bukan hanya pasal iklan, tapi pasal bagaimana kita bercerita di media sosial.
  • Saya sedar bahawa modal bukan penghalang – dengan kreativiti, sesiapa pun boleh mula.
  • Saya nampak strategi ini boleh terus diaplikasikan pada bisnes sebenar, bukan hanya online side hustle.


Comments

Popular posts from this blog

Customer Relationship Management Topic 9

Artificial Intelligence in Digital Business Topic 4

Managing Digital Business Transformation & Growth Hacking Topic 11