Posts

Showing posts from September, 2025

Managing Digital Business Transformation & Growth Hacking Topic 11

Saya ingin kongsikan apa yang saya belajar tentang growth hacking, iaitu strategi pemasaran kreatif dan kos rendah untuk membantu perniagaan berkembang dengan cepat. Saya sedar growth hacking berbeza daripada pemasaran tradisional. Ia lebih kepada eksperimen, idea unik, dan cara “hack” untuk tarik pelanggan baharu dengan bajet terhad. Apabila saya kaitkan dengan bisnes kumpulan saya, iaitu Crumbare Cookies, saya mula nampak beberapa idea yang boleh diaplikasikan. Walaupun bisnes ini masih berbentuk cadangan, saya boleh bayangkan bagaimana strategi growth hacking akan membantu kami membina jenama dan menarik pelanggan pada peringkat awal. Yang menarik bagi saya ialah, growth hacking tidak memerlukan bajet besar seperti iklan TV atau billboard. Sebaliknya, ia lebih fokus kepada kreativiti dan penggunaan platform digital. Contohnya, saya mendapat idea: “Beli & Share” Referral Program Pelanggan yang kongsi kod referral dengan kawan akan dapat diskaun, begitu juga kawannya. Saya ra...

Customer Experience and Service Design Topic 10

Image
Topik yang saya ingin kongsikan ialah tentang  Customer Experience (CX) dan Service Design dalam konteks perniagaan digital. Semakin saya belajar, semakin saya sedar bahawa kejayaan sesuatu perniagaan bukan hanya bergantung pada produk atau harga, tetapi pada pengalaman menyeluruh pelanggan daripada awal interaksi hingga selepas jualan. Saya mula dengan memahami maksud sebenar CX dan Service Design: Customer Experience (CX) : Bagaimana pelanggan merasai setiap interaksi dengan perniagaan sama ada ketika melihat iklan, melayari laman web, membuat pesanan, menerima produk, atau berurusan dengan sokongan pelanggan. Service Design : Reka bentuk sistematik untuk memastikan perjalanan pelanggan (customer journey) berjalan lancar dan konsisten. Ia melibatkan semua touchpoint dari yang nampak di depan (front-end) hingga proses dalaman (back-end). Antara perkara utama yang saya belajar : CX bukan hanya tentang layanan mesra, tetapi juga kemudahan dan konsistensi . Service...

Customer Relationship Management Topic 9

Image
Saya ingin kongsikan berkenaan CRM (Customer Relationship Management). Ringkasnya, CRM ialah strategi bisnes untuk mengenali dan menjaga hubungan pelanggan supaya mereka akan menjadi pelanggan setia. Contoh paling dekat dengan saya ialah Watsons App. Setiap kali beli barang, saya akan scan apps untuk kumpul points. Points ini boleh saya guna untuk redeem diskaun atau barangan semasa pembelian seterusnya. Dari situ saya nampak jelas bahawa Watsons gunakan CRM untuk buat pelanggan macam saya kembali lagi. Perkara yang menarik berkaitan aplikasi ini ialah saya baru sedar sistem points & kupon sebenarnya adalah CRM strategy. Selain itu,Watsons bukan sekadar jual barang, tapi kumpul data pembelian saya. Hasilnya, saya dapat promosi yang relevan (contoh: vitamin bila saya selalu beli supplement). Watsons juga dapat wujudkan rasa “personalisasi” apabila apps tunjuk points saya setiap kali buka. Itu buat saya rasa lebih dekat dengan Watsons berbanding kedai lain. Terdapat beberapa...

Supply Chain and Demand in Digital Business Topic 6

Image
Saya belajar sesuatu yang sangat menarik tentang supply chain (rantai bekalan) dan demand (permintaan) dalam dunia perniagaan digital. Sebelum ini saya hanya fikir supply chain hanyalah tentang penghantaran barang dari kilang ke pengguna. Tetapi selepas membaca, menonton video kes kajian, dan melihat contoh syarikat seperti Netflix , saya sedar bahawa dalam era digital, supply chain bukan sekadar fizikal tetapi juga melibatkan teknologi, sistem, dan pengalaman pelanggan. Sepanjang minggu, saya meneliti bagaimana supply chain dan demand saling berkait rapat dalam perniagaan digital. Antara perkara yang saya pelajari: Supply chain digital bukan hanya lori, gudang dan penghantaran fizikal. Ia juga merangkumi server, sistem pembayaran, dan aplikasi . Demand dalam era digital boleh berubah dengan sangat cepat. Kadang-kadang kerana trend viral di media sosial atau kerana faktor luar jangka. Perniagaan digital perlu fleksibel dan bersedia untuk menyesuaikan supply chain bila ...

Digital Business Strategy: Thriving in the Digital Age Topic 5

Image
Saya akan ceritakan berkaitan topik strategi perniagaan digital dan bagaimana organisasi boleh memanfaatkan teknologi untuk bersaing dalam era global. Saya sedar strategi digital bukan hanya “gunakan teknologi”, tetapi ia mesti selari dengan objektif bisnes, pengalaman pelanggan, dan inovasi berterusan . Antara yang saya pelajari daripada kuliah: Integrasi Teknologi → Teknologi perlu sejajar dengan matlamat perniagaan, bukan sekadar ikut trend. MIT Sloan melaporkan 90% eksekutif percaya transformasi digital perlu untuk terus bertahan. Keuntungan Kompetitif → McKinsey menunjukkan syarikat yang matang digital 23% lebih untung berbanding pesaing. Transformasi Menyeluruh → Deloitte dapati 45% syarikat yang ambil pendekatan menyeluruh (model bisnes + budaya digital) mencapai pertumbuhan hasil lebih tinggi. Bagi saya, bahagian paling menarik semasa sesi pembelajaran ialah kajian kes Netflix . Dari DVD rental (1997–2007), Netflix beralih ke streaming (2007–2013), kemudian ...

Artificial Intelligence in Digital Business Topic 4

Image
  Hi,  Nama saya Nur Athirah Binti Mohd Asri, Nombor matrik A211431, pelajar kursus Perniagaan Digital  (EPPM1013) , dan blog ini merupakan sebahagian daripada tugasan subjek. Tujuan blog ini adalah untuk berkongsi apa yang saya pelajari sepanjang topik digital business, refleksi peribadi saya terhadap konsep yang dibincangkan, serta bagaimana pengetahuan ini boleh diaplikasikan dalam dunia perniagaan sebenar.  Semenjak berada di UKM, saya berpeluang melihat sendiri bagaimana teknologi kecerdasan buatan (AI) digunakan dalam dunia perniagaan digital melalui sistem imbasan wajah di kedai runcit tanpa juruwang, Panas Express di UKM. Pengalaman ini benar-benar membuka mata saya tentang bagaimana peruncitan fizikal boleh digabungkan dengan inovasi digital. Daripada hanya dengar teori dalam kelas, saya dapat rasa sendiri bagaimana teknologi ini digunakan secara praktikal. Sistem imbasan wajah ini sangat menarik kerana ia membawa pengalaman membeli-belah yang jauh berbe...